Profail

PROFIL KAMPUNG



NAMA KAMPUNG

KAMPUNG BALIK BUKIT CHUPING, PERLIS

ASAL USUL KAMPUNG

Kampung Balik Bukit merupakan salah satu sebuah kampung yang terletak di Mukim
Chuping. Kampung ini kecil sahaja. Mengikut data bancian tahun 2000 jumlah penduduk ketika itu lebih kurang 800 orang. Kampung ini dikelilingi sawah padi dan mempunyai sebuah bukit di sebelah barat. Bukit ini dinamakan "Bukit Chuping". Asalnya nama "Balik Bukit" kerana namanya tidak begitu menarik pada pendapat penduduk kampung. Ia di tukar menjadi nama "Bukit Chuping". Nama Balik Bukit terbentuk apabila kedudukan kampung dengan bukit ini terlalu hampir. Bagi orang Perlis, "balik" bermaksud 'di sebalik' atau 'di sebelah'. Maksudnya kampung yang dihuni ini terletak di sebalik bukit. Kebetulan pula apabila orang kampung hendak pergi ke sesuatu tempat, mereka terpaksa melalui bukit. Maja jika melalui ke tempat tersebut mereka kan berkata "Nak pi kampung di sebalik bukit sana". Akhirnya kampung tersebut menjadi Kampung Balik Bukit.



INFO PENDUDUK

Bilangan penduduk  : 730 Orang
 Keturunan :  Melayu dan Siam


KEGIATAN EKONOMI

 Jenis Tanaman  : Padi dan Getah
 Tanaman Sampingan  : Mempelam Sala & Harum Manis
  Industri Kecil  : 1) Bengkel Motor & Kereta
                            2) Kedai Makan 


PUSAT PENDIDIKAN

SK CHUPING
SMK GUAR NANGKA
TADIKA KEMAS KG PERIT

KEM 4 RENJER


KAMPUNG BERHAMPIRAN
  1) KG BAWAH BUKIT
  2) KG GUAR NANGKA
  3) KG POKOK SENA
  4) KG PERIT
  5) KG BALIK GUAR
  6) KG CHELONG

AHLI JAWATANKUASA KAMPUNG (JKKK)
MEJAR(B) ROSLI BIN BAHARUDIN

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI
YB ASMAIZA BINTI AHMAD


AHLI PARLIMEN
YB DATO ZAHIDI BIN ZAINAL ABIDIN

PARLIMEN
POO1 PADANG BESAR

No comments:

Post a Comment