Assalamualaikum
W.b.t
Selamat
datang ke blog saya iaitu Perpustakaan Desa Balik Bukit Chuping, Perlis. Terima
kasih di atas kunjungan anda ke blog saya ini. Di sini saya ingin berkongsi
dengan anda tentang penubuhan dan fungsi perpustakaan desa.
Perpustakaan
desa adalah satu unit perpustakaan kecil yang dibina sama ada di kampung atau
taman-taman perumahan dan kawsan tumpuan penduduk dengan tujuan memberi
kemudahan kepada semua lapisan masyarakat sehingga ke akar umbi. Ia juga
menyokong pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah
serta bahan bacaan untuk pengguna perpustakaan.
Perpustakaan
desa balik bukit ditubuhkan dengan matlamat tersebut dalam memberi kesedaran
tentang kepentingan membaca di kawasan sekitar perpustakaan. Ia menawarkan
perkhidmatan pinjaman & rujukan pembaca, perkhidmatan komputer &
internet serta lain-lain lagi. Perpustakaan desa menjalankan aktiviti galakan
membaca kepada golongan sasaran iaitu kanak-kanak, belia dan dewasa.
Blog ini
disediakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara atas
talian dan di hujung jari. Anda boleh mendapat maklumat di mana sahaja selagi
mempunyai capaian internet bila-bila sahaja. Maklumat lengkap tentang
perpustakaan desa seperti waktu perkhidmatan, jenis perkhidmatan dan pelbagai
lagi telah disediakan untuk kemudahan pengguna.
Saya
mengalu-alukan sebarang maklumat tambahan, komen dan cadangan bagi tujuan
penambahbaikan blog ini atau untuk penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan
desa. Semoga usaha kita dalam menyemarakkan budaya membaca akan mencapai
objektifnya.
Sekian.....
No comments:
Post a Comment