Wednesday 12 October 2016

Assalamualaikum W.b.t

Selamat datang ke blog saya iaitu Perpustakaan Desa Balik Bukit Chuping, Perlis. Terima kasih di atas kunjungan anda ke blog saya ini. Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang penubuhan dan fungsi perpustakaan desa.

Perpustakaan desa adalah satu unit perpustakaan kecil yang dibina sama ada di kampung atau taman-taman perumahan dan kawsan tumpuan penduduk dengan tujuan memberi kemudahan kepada semua lapisan masyarakat sehingga ke akar umbi. Ia juga menyokong pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan bahan-bahan ilmiah serta bahan bacaan untuk pengguna perpustakaan.

Perpustakaan desa balik bukit ditubuhkan dengan matlamat tersebut dalam memberi kesedaran tentang kepentingan membaca di kawasan sekitar perpustakaan. Ia menawarkan perkhidmatan pinjaman & rujukan pembaca, perkhidmatan  komputer & internet serta lain-lain lagi. Perpustakaan desa menjalankan aktiviti galakan membaca kepada golongan sasaran iaitu kanak-kanak, belia dan dewasa.

Blog ini disediakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara atas talian dan di hujung jari. Anda boleh mendapat maklumat di mana sahaja selagi mempunyai capaian internet bila-bila sahaja. Maklumat lengkap tentang perpustakaan desa seperti waktu perkhidmatan, jenis perkhidmatan dan pelbagai lagi telah disediakan untuk kemudahan pengguna. 

Saya mengalu-alukan sebarang maklumat tambahan, komen dan cadangan bagi tujuan penambahbaikan blog ini atau untuk penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan desa. Semoga usaha kita dalam menyemarakkan budaya membaca akan mencapai objektifnya.

Sekian.....